Tuesday 28 June 2011

" Savao Maimuh"


Hari minggu aritu tetiba mengidam masakan tradisional bapaku, " savao maimuh ". (Ni dlm bhsa German la) hahaha~ Dlm BM plak, ia dikenali sbg " Manisan Pisang " lebih kurang camtula. Biasanya bapa akan masak SM ni masa bulan puasa. Kami mkn sbg pencuci mulut lepas mkn nasi tu. Ia dipercayai boleh membuatkan perut kita kalis lapar dan kalis gastrik. Tp sesiapa yg memg da certified ada penyakit sering lapar & gastrik tu, xdape den nak nolong la~


Kebetulan petg tu aku ternampak makcik tu jual pisang yg memg kena ng menu bapaku. Aku X tau nama pisg ni. Tanya makcik tu pun, dia sendiri X tahu. hahah~ Istimewa pisg ni, dia masak ka mentah, kulit dia forever green jak. Tp pisg ni memg manis. Jadi aku pun belilah,  tajaan sepenuhnya oleh en. Somi sebyk 2 hengget. @_@
Masa di rumah, aku X pernah buat. Aku makan ja kalau bapa buat tu. Kawww2 ng lemak manis masakan beliau. Tp setelah berjauhan dgn keluargaku ni, bakat terpendam ke"Chef"an pun meluap2 keluar <----- ayat hiperbola. Nasib baik aku tahu cara2 membuat SM ni. Senang ja. X sampai setengah jam pon bertarung nyawa di dapur tu. heheh~


Bahan2 yg diperlukan :
  • Semangkuk santan kelapa
  • 3 - 4 pisang ( kalo mo makan byk pisg, letaklah byk2. Suka hati )
  • Gula secukup rasa
  • 1 biji Telur ( Kalo mo la.. X mo letak pun bole jg ^_^ )
Cara masak :
  • Panaskan santan bersama pisang. Bila da mendidih masukkan gula. Taste dulu bila da manis. Pastu masukkan telur. SIAP!!!!
  • Lepas makan... mesti kata??? SYOKKKKKKK!!!!! hehehe~
*Manisan ni bole makan sekali ng nasi.
Bole jg makan waktu minum pagi dan minum petang waktu hidangan masih panas. Brrrrrrrrrrrrrrrr~ sedap wooo..





Friday 24 June 2011

My Little Messi



Alhamdulillah, semalam 23 Jun 2011, bertambah lg bilangan ahli keluarga belah somiku. Mak mertuaku pangkat 2X nenek sd. hehehe~ Abg iparku punya bini selamat melahirkan baby boy yg sihat walafiat. Alhamdulillah, sepasang sd cahaya mata mereka. Wahhh~ bestnya, ada penyeri keluarga sd kan? Sabaq nab.. sabaq nab..


Aku Xtau lg jantina 'budak kecik' dlm perut aku ni. Cuma skg ni dia kuat main tendang2, pusing2, dan berlari setempat. hehehe! Sebab tu lah kena panggil "My Little Messi" ( walaupun X tau lg baby boy @ girl, bg gelaran Messi jakla ). Pemain bola sepak la kunun bab penangan Side kick my llittle Messi ni sgt kawww. Bak kata bapa dia "melantun tangan pa tiap kali baby menendang" huhuh!! Dalam bulan ke-4 tu aku da boleh merasa pergerakan si Messi ni. Dia aktif terutamanya waktu pagi kekadang sebelum bangun subuh. Belum azan lg, dia da bangun. hahaha! Kekadg lepas mkn, time kita duduk2 tgok tv, time aku lambat makan pon dia p kick jg mamanya ni. T_T. Ada penggera kelaparan. heheh! Alhamdulillah.. Hebatnya kuasa Allah.



Mungkin ada yg X tahu ataupun kurang tahulah kelebihan2 ibu mengandung ni. Sumber dr AnakkuSoleh.com :

Kelebihan menjadi Ibu yang Solehah
  • 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 8 rakaat solat wanita yang tidak hamil
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa
  • Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji
  • Apabila seorang wanita melahirkan anak & dia mati maka dikira mati syahid
  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.


    Alhamdulillah, itulah kelebihan2 menjadi seorang wanita, seorang isteri, dan seorang ibu. ( Terima kasih yg X terhingga kpd ibuku yg telah melahirkan dan menjaga ku selama ini.). Aku terfikir jg, mengandung ni bukannya senang, tp kenapakah ada manusia yg sanggup membuang bayinya selepas melahirkan anak tersebut? Baru2 ni ada yg sanggup baling bayi dia dr tingkat 5 direct p tong sampah. Nauzubillah!! Dia ingat dia main softball ka? Manusia apakah itu? Hanya Allah yg akan membalas perbuatan mereka dan semoga mereka diberikan hidayah oleh-NYA agar X melakukan kesilapan lg. Aminnn~

Thursday 23 June 2011

Cerita Hari Khamis



Hari ini terasa bosan plak. Apa tidak, segala urusan2 dunia surirumah sd beres semalam. Cuci kain, kemas umah, mop lantai bla..bla..bla..masak..bla..bla.. ( kereknya kasitau semo plak!) hehehe~ Rumah aku pon Xla besar sgt dan hanya 2 org hamba Allah ja. Jadi potensi rumah berselerak tu amatlah tipis sekali.


Semalam mo dijadikan cerita tambahan, petg pukul 4.30 pm aku da siap2 mo tgok rancangan favourite ku di saluran 391, KBS More than you can imagine kunun ( mo imagine apa jg? T_T ). Rancangan "Dream Team".. mak aiii...dan dan plak black-out petg tu smpai magrib. Aku ingatkan kejap ja. Menaruh harapan besar sd ni harap2 hidupla cepat2.. Hampehnya!! Tp berita baiknya, petg tu jg aku da siap mandi awal2 takut mlm lagi gelap bab tiada api. hohoho~ Terbayang2 Anjasmoro sd.


Oklah, mo sambung baca majalah kegemaran ku plak  Mingguan Wanita. Petang2 camni aku Xsuka tido ng tengok TV. Apatah lg drama2 spt Amanah dlm Cinta, Marimar. Heroin cantik2, tp drama bikin sakit jiwa Oo. Mo tgok Boys Over Flower plak, sd khatam dr dulu lg. Bosan jg tgok balik2 biarpun Lee Minho tu sungguh jambu. huhuh~  Oklah, switch status :: OFFLINE


Wednesday 22 June 2011



Hari ni tetiba hormon mo memasak meningkat plak. Sebenarnya sd lama mo masak tp semangat ke"Chef"an tu tiada mengenangkan yg makan nt aku sorg jg (makan tengahari ja, en. Somi kan keja? ). Eh silap! Aku berdua dgn baby..heheh~ lupa plak sd berbadan dua rupanya @_@. Lagi best bila ari Jumaat. Adik2 sepupu sepapat aku akan berkunjung ke rumah slpas waktu persekolahan, jadi ramailah manusia2 yg akan merasa penangan masakanku..hehehe~ Macam teror ja masak, padahal terorrist..huahuahua~
Semalam sd terbayang2 menu utk dimasak tgahari ni. Begedil daging memandangkan aku mengidam X makan ayam sejak preggy ni, dgn sayur pakis masak lemak ditambah ikan kering. perggghhh!! Heaven~ Siapa sangka ingatkan makan sensorang ni selera kurang? Huhuh!!
Masak begedil palg senang, walaupun pertama kali buat, en.Somi da bagi 80 markah. huhuh~ Tinggi tu.. X dapat markah penuh sebab 'pengkritik tetap' tu kata daging kena guna daging kisar. Yala, aku pakai daging burger Ramly kot? Xpa, next time MESTI dapat 4.00 flat punya!!! yeayyy~
Aku gunakan 2 biji potato ja da boleh buat 8 ketul begedil. mak aiii..kenyang makan. '(@_@)
...
....
.....
......
Tadaaaaaaaa!!!

Begedil Daging
Sayur pakis masak lemak, mee suhun tu terlebih letak pula, akibatnya sayur pakis hilg rasa kesayurannya. Aku ingatkan mee suhun tu kurus2 Xla kembang sgt bila da masak. Tetapi?..kembang semangkuk weiii~ Pasni Xmola letak mee lg. Sayur semata2 ng ikan basah / kering / seafood jakla. Tp kami makan ja. hehheh~ Nasib baik aku ng 'pengkritik tetap' tu X cerewet tentg makanan. Pasni mo try sayur nangka plak. Amik aura dr  beliauku yg akan bercuti di rumahku xlama lg. yeayy!! Ada SIFU. Walau bagaimanapun aku snap la jg Sayur pakis masak lemak mee suhun terlebih aku tu..(panjangnya nama sayur aku) T_T

Syur Pakis Masak Lemak Mee Suhun  Terlebih
Yang ni plak Nasi gorg kasih Sayang..Ada udang, sayur. SO GOOOODDD. Air tangan sendiri mestilah sedap kan?heheh~



Tuesday 21 June 2011

MIDNIGHT SUN?..



Dulu masa bujang2 @ zmn2 student, bila ada masa keboringan, mulalah menonton drama2 yg telah di'copy & save' dr kwn2. Antara drama yg aku suka drama Jepun ni " Taiyō no Uta / Midnight Sun"



Movie romantik mengisahkan seorang gadis yg mempunyai penyakit "Xeroderma Pigmentosum" (ntah menatang apa penyakit ni). Pendek kata dia X boleh terkena sinaran UV matahari biar ciput pun, kalo X, kulit dia akan sakit2 atau merekah2.. hahahah~ adakah merekah2? Jadi, dia akan tido sepanjang ari, dan malam ari dia aktif main gitar, nyanyi2, ng skodeng hero drama tu. heheheh~


Lagu2 dlm movie ni pun bez jg terutamanya lagu "Good-Bye Days" dinyanyikan heroinnya sendiri, YUI. Aku X mahulah cerita keseluruhan movie tu. Nanti X bez plak! Sendiri mo tgok la k? Sape2 yg berjiwa kesedihan tu besar kemungkinan akan mengalirkan air mata. Apapun movie ni TERBAEKKK!!!



Thursday 16 June 2011

Tahniah Puan, Positif!!



Tahniah Puan, positif! Aku disahkan mengandung 5 minggu. Itupun selepas seminggu aku tetiba hilang selera makan. Balik2 muntah dan mual2. Mcm dlm drama tv tp bukanlah smpai muntah2 dalam mangkuk tandas ka, tu melampau. hahaha~ Tp seminggu sebelum tu selera ku kemain lg. Sayap ayam, mempelam, ayam kfc ku main belasah ja. hahaha~ Nak meluahkan perasaan pengalaman ku bakal meng'upgrade' status IBU pula kali ni..



Perbezaan Sebelum & Selepas Positif (heheheh~ mengandung la tu) :

Sebelum:

  • Aku suka masak ikan, sayur, popiah, nasi gorg bla..bla... Tiap2 petang mesti masakan popiah gorg utk minum petg en. somi. Ciri2 isteri solehah kan? Masakan pun kena lengkap ramuannya spt bawg2, perencah pembantu penyedap masakan spt ayam Knorr @ Pasti Sedap @ Cukup Rase ( patutlah sedap kan? huhuh! )
  • Hujung minggu kena turun pekan @ pasar minggu utk penuhkan peti sejuk dgn ikan2 segar, sayur2 segar dan buah2an
  • Walaupun aku 'meat eater' tp aku suka jg makan ayam, sosej, kobis, minum segala terbitan air Teh dan minum milo ( tiap2 mlm wajib minum. Siap 1-2-zoom dgn somi siapa yg buat minum malam. hahaha~). Tapi.....
Selepas Positif :
  • Semua perkara di atas aku X suka.. Palg siksa, tgok iklan kfc dlm tv pun ble buat aku mual. T_T
Hormon menjadi cacamerba dlm 4 bulan lebih jg la. Berat badan pun da la X banyak, lagi makin X banyak dlm tempoh tu. Boleh makan buah2an ja, tu pun memilih buah mana yg nak dimakan. heheh! Cian en. somi jiwa kacau. Siap hantar aku balik Cheras ( rumah parents ku)  dgn harapan sana aku kuat makan. Tp skg alhamdulillah, hormon kembali ber'operate' spt biasa. Cuma semua senarai dlm Sebelum tu aku X boleh teruskan lagi. hohohoh~ Mak aku kata semua tu normal bg orang mengandung, kekadang pembawaan budak tu sendiri. Owh anak ku, kau membuatkan ibu mu ber'honeymoon'..hahaaha~ Lg best, skg aku suka pula pg tempat2 'makan besar'. Restoran, org kenduri kahwin, kenduri arwah. Pastu makan, tetttt!! mak aiii...baygkan sendiri..



Skg si 'baby' da besar pon. Sudah pandai main tendang2, mungkin jg main tepuk2 tangan or tumbling dlm tummy ku ni. Mungkin ja..Alhamdulillah perkembangan dia sgt aktif terutamanya selepas makan. Nak kata byk sgt kandungan gula @ adrenalin @ tenaga aku makan X jg. (padahal @_@ ) Tp dia sgt aktif bergerak. Alhamdulillah~ Semoga dia lahir menjadi anak yg soleh / solehah dan anak yg sihat. Amin..



Tuesday 14 June 2011

Luahan kakitangan kerajaan terhadap drama Nora Elena

Kahkahkah~ Ni nak kongsi artikel yg kelakar dr blog adik iparku, Dark Azs's mengenai drama TV3 yg terhangat skg ni, NORA ELENA. Tp muh kene ikut2 slang Ganu k..

















Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, “ah gile mung, patoh pinggang!” Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)

Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, “dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas”….itu je?? harharharharam!!

Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.

Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.

Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess..

v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole ‘bersama’?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth ‘tumbuk sambal’?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia ‘tumbuk sambal’ kan? hahahha…takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay….kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

“tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh”

“owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??”

Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan.

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana
Sekian,

“BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA”

( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya


 

Hadiah dari Syurga Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting