Friday 24 June 2011

My Little Messi



Alhamdulillah, semalam 23 Jun 2011, bertambah lg bilangan ahli keluarga belah somiku. Mak mertuaku pangkat 2X nenek sd. hehehe~ Abg iparku punya bini selamat melahirkan baby boy yg sihat walafiat. Alhamdulillah, sepasang sd cahaya mata mereka. Wahhh~ bestnya, ada penyeri keluarga sd kan? Sabaq nab.. sabaq nab..


Aku Xtau lg jantina 'budak kecik' dlm perut aku ni. Cuma skg ni dia kuat main tendang2, pusing2, dan berlari setempat. hehehe! Sebab tu lah kena panggil "My Little Messi" ( walaupun X tau lg baby boy @ girl, bg gelaran Messi jakla ). Pemain bola sepak la kunun bab penangan Side kick my llittle Messi ni sgt kawww. Bak kata bapa dia "melantun tangan pa tiap kali baby menendang" huhuh!! Dalam bulan ke-4 tu aku da boleh merasa pergerakan si Messi ni. Dia aktif terutamanya waktu pagi kekadang sebelum bangun subuh. Belum azan lg, dia da bangun. hahaha! Kekadg lepas mkn, time kita duduk2 tgok tv, time aku lambat makan pon dia p kick jg mamanya ni. T_T. Ada penggera kelaparan. heheh! Alhamdulillah.. Hebatnya kuasa Allah.



Mungkin ada yg X tahu ataupun kurang tahulah kelebihan2 ibu mengandung ni. Sumber dr AnakkuSoleh.com :

Kelebihan menjadi Ibu yang Solehah
  • 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 8 rakaat solat wanita yang tidak hamil
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa
  • Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji
  • Apabila seorang wanita melahirkan anak & dia mati maka dikira mati syahid
  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.


    Alhamdulillah, itulah kelebihan2 menjadi seorang wanita, seorang isteri, dan seorang ibu. ( Terima kasih yg X terhingga kpd ibuku yg telah melahirkan dan menjaga ku selama ini.). Aku terfikir jg, mengandung ni bukannya senang, tp kenapakah ada manusia yg sanggup membuang bayinya selepas melahirkan anak tersebut? Baru2 ni ada yg sanggup baling bayi dia dr tingkat 5 direct p tong sampah. Nauzubillah!! Dia ingat dia main softball ka? Manusia apakah itu? Hanya Allah yg akan membalas perbuatan mereka dan semoga mereka diberikan hidayah oleh-NYA agar X melakukan kesilapan lg. Aminnn~

3 comments:

Kayna said...

nih... baby girl ke? siap naik stroller da (gambar)... hehe... dulu akak anak yg 1st pun aktif semacam... sekali girl, tgh scan pun menendang2. Abg tim cium perut pun kena tendang... Ni time yg boy rileks plak dalam perut.. tak tendang sangat. rileks and cool. hahaha...

ZaiNas said...

hahaha~ kta xscan lg.papon, tahniah kak da sepasg. alhamdulillah. meriahla umah kak aisha tu. saham khadijah pon da turun da.huhuhh~

Nasiruddin Nor said...

gila lantunan tangan gue..haha^^

 

Hadiah dari Syurga Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting