Hari pertama mengajar, keluar suara jantan hampir2 suara incredible hulk sudah. Sampai rumah, terpaksa kencing2 sebab minum air terlampau banyak. Ingat mengajar senang?.. hahaha~ Tp lama2, ala bisa tegal biasalah org katakan. Aku dapat trick da mahu ajar murid2 yg malas buat kerja ni. Nasib baik dapat kelas yg dekat2 waktu rehat dan balik. Xsiap kerja, X boleh rehat ataupun lambat balik. Hahaha~ Jiwa kacau dan caca merba mereka siapkan kerja sebelum habis waktu aku. Tp salah jawapan pun kena buat pembetulan jg. Cikgu Zainab kan baik..
Ni mahu kongsi soal-jawab dgn murid2 aku masa kem Ibadah;
Cikgu Zainab : Ok, hari ini cikgu nak tanya pasal sembahyang.
Murid darjah 2 : Baik cikgu. Ayah dgn mak kita selalu sembahyang cikgu.
Cikgu Zainab : Baguslah macam tu. Sebagai org Islam kita haruslah sembahyang. Biasanya sebelum sembahyang, kita kene ambil....?
Murid darjah 2 : Ambil air wuduk cikgu.
( Lalu dia pun tunjukkan cara2 mengambil air wuduk dgn cemerlang.)
Cikgu Zainab : Ok. Pandainye anak murid cikgu. Kita sembahyang biasanya menghadap arah mane..?
( Lalu unexpected jawapan ku terima.)
Murid darjah 2 : Menghadap DINDING cikgu!! Mak ayah sembahyang menghadap dinding cikgu..
hahaha~ Aku mahu marah pun X jadi.. Terpaksalah terangkan dgn mereka panjang lebar. Kita sembahyang menghadap KIBLAT bla..bla..bla..
Paling seronok, masa hari terakhir aku di SKDP tu, murid2 buat SURPRISE Farewell Party. hohoho~ Mereka pakat kumpul fulus ramai2 beli kek aku. Makanan pula, minta mak mereka masakkan. Terharu jglah dgn appreciation yg mereka buat tu. sob! sob! sob! Sayang anak2 muridku.
Oklah, da panjang ni aku meluah perasaan. Nanti aku sambung lagi dgn perasaan yg lain pula. huahuahuahua~ Assalamualaikum.


No comments:
Post a Comment